MPL Malaysia Bakal Jadi Liga Francais?

Spread the love

Berita-Esports – MPL Malaysia Bakal Jadi Liga Francais? MOONTON Serius Pertimbang Langkah Besar Ini

Liga profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia, MPL Malaysia. Mungkin akan mengalami perubahan paling besar sejak ia di perkenalkan — beralih ke sistem francais. Perkara ini di bayangkan oleh Ketua Esukan Malaysia MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin. Dalam satu sidang media menjelang Musim Ke-15 MPL Malaysia.

Menurut Fikri, MOONTON kini “serius mempertimbangkan” peralihan ke model francais. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang untuk MLBB di Malaysia. Walaupun belum ada pengesahan rasmi, pengumuman lebih konkrit di jangka dalam separuh kedua tahun ini.

Kenapa Francais?

Fikri menjelaskan bahawa langkah ini terinspirasi daripada kejayaan MPL Indonesia (ID) dan MPL Filipina (PH). Yang masing-masing beralih ke model francais pada 2019 dan 2021. Hasilnya, kedua-dua liga bukan sahaja stabil secara kewangan. Malah mencatat rekod tontonan tertinggi — MPL ID dengan 4 juta penonton puncak dan MPL PH dengan 1.6 juta penonton puncak.

“Model francais memberikan kestabilan kepada pasukan untuk membina pelaburan jangka panjang. Membuka peluang kerjasama komersial, dan mencipta ekosistem yang lebih mapan untuk pemain,” kata Fikri. “Semua ini akan membawa MPL Malaysia dan esukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi.”

Prestasi MPL Malaysia Terus Meningkat

Tanpa model francais sekalipun, MPL Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Musim Ke-14 mencatat 870,000 penonton puncak — tertinggi dalam sejarah liga. Malah, saingan antara pasukan menjadi semakin sengit, dengan dua pasukan baharu, DXSoul Esports dan Ocean Blast, layak melalui sistem terbuka.

Namun begitu, sistem promosi dan penyingkiran ini mungkin akan di gantikan sepenuhnya jika model francais di terima. Ini bermakna pasukan tidak lagi perlu melalui pusingan kelayakan setiap musim, dan sebaliknya akan mempunyai tempat tetap dalam liga.

Baca Juga : WWE x Clash of Clans – Superstar WWE Menghiasi Dunia Game!

Musim Ke-15 Hadir dengan Wajah Baharu

Selain daripada isu francais, Fikri turut mengumumkan beberapa perubahan menarik untuk musim ini. Antaranya ialah penjualan tiket bagi musim biasa — satu langkah baharu selepas sebelum ini ia di buka percuma kepada peminat.

“Kami ingin naikkan pengalaman peminat dan infrastruktur liga. Harga tiket RM10 adalah pelaburan kecil untuk menyaksikan aksi bertaraf antarabangsa secara langsung,” jelasnya.

Musim Ke-15 juga menyaksikan MPL kembali ke Stadium Juara, Bukit Kiara, lokasi berprestij yang kali terakhir di gunakan pada Musim Ke-11. Lokasi ini menawarkan ruang booth untuk pasukan dan penaja, serta aktiviti khas buat peminat.

Antara tarikan istimewa musim ini ialah kolaborasi MPL dengan siri anime popular, Naruto. Yang akan berlangsung pada minggu kedua dan ketiga. Butiran lanjut bakal di umumkan tidak lama lagi.

Tahun Penentu Masa Depan MLBB Malaysia

Menariknya, musim ini juga merupakan tahun terakhir dalam pelan lima tahun pembangunan esukan MLBB Malaysia yang bermula sejak Musim Ke-7. Tahun 2025 akan menandakan bermulanya fasa baharu — mungkin dengan sistem francais sepenuhnya.

“Kami tidak takut mencuba perkara baharu asalkan ia memberi impak jangka panjang. Kepada pembangunan MPL Malaysia dan adil kepada semua pihak,” ujar Fikri.

MPL Malaysia Musim Ke-15 akan bermula 19 April ini, dengan 10 pasukan bertanding untuk merebut dua tempat ke Mid-Season Cup 2025. Saksikan aksi mereka secara langsung di saluran YouTube rasmi MLBB Malaysia.

Sumber : Esports Insider

Related Posts

Sword of Justice : MMO Fantasi Timur Berteknologi AI

Spread the love

Spread the loveBerita-Esports – Sword of Justice : MMO Fantasi Timur Berteknologi AI NetEase Games bersama ZhuRong Studio resmi meluncurkan secara global Sword of Justice. Game MMORPG free-to-play bertema fantasi timur…

DLC “Mega Dimension” Pokémon Legends

Spread the love

Spread the loveBerita-Esports – DLC “Mega Dimension” Pokémon Legends: Z-A – Mega Raichu X & Y Siap Mengguncang Dunia Pokémon! Setelah menyelesaikan kisah utama di Pokémon Legends: Z-A, para pelatih kini…

You Missed

Sword of Justice : MMO Fantasi Timur Berteknologi AI

Sword of Justice : MMO Fantasi Timur Berteknologi AI

DLC “Mega Dimension” Pokémon Legends

DLC “Mega Dimension” Pokémon Legends

Dewa United Esports Buka Trial Pemain, Coach, dan Manager MLBB

Dewa United Esports Buka Trial Pemain, Coach, dan Manager MLBB

KONAMI : FOX HUNT – Mode Multiplayer Baru Metal Gear Solid Δ: Snake Eater

KONAMI : FOX HUNT – Mode Multiplayer Baru Metal Gear Solid Δ: Snake Eater

Inovasi Riot Games: Riftbound Meluncur sebagai TCG

Inovasi Riot Games: Riftbound Meluncur sebagai TCG

G2 Esports : Webtoon Aksi-Fantasi “Red Aura”

G2 Esports : Webtoon Aksi-Fantasi “Red Aura”